Monday, January 28, 2013

alhamdulillah, permulaan baru

salam alaik, segala puji-pujian ke atas mu ya ALLAH, dah lama tak update blog. Tahun baru dan permulaan baru, in syaa allah akan update(:

 
 
alhamdulillah kawan baik sudah mendirikan rumah tangga, moga bahagia ke jannah dan melahirkan anak yang soleh dan solehah wahai kesayangan ku.

Tuesday, July 24, 2012

ahlan wasalan ya ramdhan kareem





alhamdulillah, segalanya ALLAH permudahkan. dah lama tak update, tiada idea mahu diconteng. sebelum signout. selamat berebut pahala, bulan puasa bulan mengandakan pahala bukan dosa(: jangan lupa tutup aurat.heretlah ahli keluarga, bakal suami dan diri sendiri ke syurga. ingat jodoh tidak perlu cari, yang penting hidayah. ma'a salama. sayang korang kerana ALLAH



Sunday, June 10, 2012

tunggang gajah, syok!

assalamualaikum,




alhamdulillah tempat yang teringin nak pergi, ALLAH aturkan dengan baek sekali. bertolak pukul 12:30, pukul 1 lebih dah sampai ke kuala gandah, lanchang pahang. memang best sangat, sampai aku pon teruja nak naek gajah, bagi anak gajah yang comel sangatsangat makan. 3 kali aku beli setangkai pisang, eksaited punya pasai!

perjalanan pergi (dari kl-karak): 1 setengah jam
perjalanan balik (dari karak-kl): 1jam (bila balek aku drif hihi)

bajet minyak: rm60 dah cukup pergi dan balek, bagi orang naek myvi la kan
bajet tol: aku bajet rm30 je, itu pon ada lebih sayang ku.

masuk: free je! sumpah! sebab ini dibawah jagaan kerajaan (perhilitan). naek gajah, mandi dengan gajah tapi nak bagi pisang je bayar (rm 5)

jangan risau dalam kawasan tuh toilet amat bersih, suara pon okay dan ada cafe untuk makan. perkerja pon okay, semuanya bagus alhamdulillah.


bawak anak kak zack (aizara) jalan-jalan. bagus sangat bawak budak kecil mengenal haiwan. kalau ada anak pon, aku sanggup AL untuk bawak anak jalan-jalan hihi.
 



LIKE la kalau korang hot(;

Thursday, June 7, 2012

hai basikal! hai shah alam

assalamualaikum,



ya ALLAH, ya ALLAH dah lama sangat tak update kan. rindu kejap, aku tak kesah kalau takda siapa yang nak baca tapi aku kesah sangat sebab ini lah cerita yang akan aku bagi bakal anak-anak yang akan datang (ahakzzz anak kucing). ini kesah sumpah kesah lama, bulan lepas pergi s.alam. konon nak kayuh basikal sampai tamat ke akhir tapi setakat 2 3 4 bukit dah turun sebab tak larat nak kayuh dah. ouuh pitam kejap.

aku pergi masa hari orang pergi kerja, masuk seorang 3 henget dan basikal 5 seorang (lepas 1 jam kena caj). naseb cuti, 2 yang enjoy sakan dalam hutan, sampai nyaris-nyaris kena kejar dengan monyet!




>


sesungguhnya pemandangan keindahan yang ALLAH ciptakan untuk kita sangat indah! jadi hargailah! bukit cahaya, shah alam sangat cantek! dah macam nak ajak orang pergi mengundi plak, erkkkk*



LIKE la kalau korang hot(;

Friday, May 11, 2012

because i know christian is beautiful

 assalamualaikum


sangat tabah dan tabah dan tabah. kejap lap air mata. okay bye



Thursday, May 3, 2012

al fatihah buat bob kuman

assalamualaikum


arwah bob kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang di rumahnya di kota damansara.
berita kematian disahkan sendiri oleh pemangku timbalan presiden seniman, zed zaidi sebentar tadi.
Allahyarham meninggal dunia di sisi isterinya di rumah mereka.

tiada kata-kata yang indah keluar dari bibir, selain membaca al fatihah dan doa, semoga arwah bob kuman ditempat orang-orang beriman dan ALLAH akan terangi cahaya didalam kuburnya dari kegelapan, amin.


LIKE la kalau korang hot(;

Friday, April 27, 2012

avengers - berbintangbintang aku kasi!!!

assalamualaikum


korang dah solat maghrib? kalau sudah, baru boleh baca(: okay taknak cerita panjangpanjang, nak beritahu cerita "AVENGERS" sumpah best! korang patut tengok. memang supebbbbbbbbbbb!!! tak bosan sebab hulk pandai buat lawak dan stark memang kacak, ouhhh pitam kejap sebab kacak hieeeeee;p. okay setakat ini, nak siap sedia "advance birthday" untuk mak kesayangan.



LIKE la kalau korang hot(;