Wednesday, June 2, 2010

12 rakyat malaysia di gaza

kalau y'll jenis selalu mengikuti perkembangan semasa tentu korang tahu apa yang sudah berlaku di gaza, dan 12 rakyat malaysia, yang telah ditahan dan telah dibebaskan. i selalu mengikuti perkembangan di lifeline4gaza.

dan berita ini membuat kesemua rakyat malaysia lega, bila 12 rakyat malaysia selamat. ini i copy dan paste disini dari life line 4 gaza.

TERKINI: 12 Rakyat Malaysia Bebas

TERKINI: 12 Rakyat Malaysia Bebas

dikemaskini 5:06pm 2 Jun – Kesemua ahli team LL4G Malaysia seramai 12 orang TELAH DIBEBASKAN termasuk Sdr Mustafa Mansur. Mereka kini berada di Kedutaan Malaysia di Jordan Mereka semua berada di dalam keadaan sihat.

Mereka telah menghubungi keluarga masing-masing menggunakan telefon Kedutaan. Israel tidak mengembalikan kesemua kamera, handphone, dan sebarang alat komunikasi yang dirampas. Peralatan kamera krew Astro Awani tidak dapat dipastikan samada dipulangkan ataupun tidak buat masa ini.

Berita gembira tersebut diterima terus daripada Noorazman yang menghubungi isteri beliau, Pn Mazlinah Ghazali, pada jam 12:12 tengahari tadi waktu tempatan.

“Mereka berada di Jordan [dan] akan pulang dalam masa terdekat,” antara mesej yang dihantar oleh beliau.

Perbincangan sedang dilakukan untuk menetapkan bila mereka akan berangkat pulang.

CMT-LL4G telah berjaya menghubungi Noorazman sekitar jam 5 petang tadi. Semua relawan berada di dalam keadaan sihat walafiat dan sedang berehat. Namun mereka yang ditempatkan di sebuah hotel di Amman itu tinggal sehelai sepinggang dan tanpa paspot.

Mereka akan ke udara secara langsung di TV1 malam nanti.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dilaporkan sedang dalam perjalanan ke Jordan bagi menguruskan kepulangan mereka.

CMT-LL4G sedang membuat persediaan untuk majlis sambutan secara besar-besaran meraikan kepulangan wira-wira negara di lapangan terbang apabila mereka pulang kelak. Majlis ini akan menggantikan majlis meraikan isteri dan keluarga anggota konvoi yang dirancang oleh CMT-LL4G sebelum konvoi LL4G dibebaskan.

Astro AWANI (Saluran 501 Astro) akan mengadakan siaran lintas langsung pada jam jam 8:15 malam ini bersama Noorazman dan Ashwat dari Jordan dan setiausaha CMT-LL4G Solehuddin Shuib di studio.

Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui laman web.


alhamdulillah bila mereka telah dibebaskan tapi i geram bila israel laknatullah rampas semua camera, hp n blablabla! bodoh ke apa? rampas semua tuh? dieowang datang sana nak tolong manusia yang kau cuba musnahkan. memang takda dasar hati perut la kan.


semalam mak ada bagi msg:

salah seoarang dari 12 rakyat malaysia yang kena tahan digaza tu suami makcik faezah. dia mewakili jemaah islam malaysia

makcik faezah tuh jiran belakang rumah, mak cakap die belum ziarah lagi makcik faezah sebab sibuk dengan hal sekolah. maybe hari ini die akan ziarah,

sila klik jika ingin melihat dengan begitu jelas.


Dr Selamat Aliman. berita dibawah menunjukan makcik faezah bersyukur semuanya selamat



video ini menceritakan segala-galanya tentang gaza,



selami hati mereka dan berikan mereka sumbangan. mari kita berdoa agar mereka dapat bala yang setimpal dengan apa mereka lakukan.

ku mohon pada mu, YA ALLAH selamatkanlah kaum muslimin di GAZA, kalahkan dan azbkanlah mereka, kalahkan dan gulingkan kerajaan mereka!

1 comment: