Thursday, January 20, 2011

ppssssttt rahsia kuku anda..


macam betol-betol je tengah berbisik dekat telinga korang, mesti korang rasa geli kan? ce kabo ce kabo, haha!

korang tahu tak memula orang sekeliling kita akan menilai kita dengan kuku, kalau kuku panjang then ada hitam celah-celah kuku mesti geli kan, termasuk la aku. kalau sependek mana pon kuku aku, aku akan cuba kasi buang itu kesan-kesan degil. hahaha kantoi suda;P

macam gambar d bawah nie



tak pon masa korang gilis cili kering gune batu kan, toksah pakai kaler kuku.kome tepek je cili gilis xd kat kuku, bio rasa hangat pijo sket jari0jari tuh haha!, jimat sket duek gaji angpe kan tapi kalu melayu pakai tidak mengapa, orang islam je yang xboleh pakai. sekarang aku ada perasan aweq pakai tudung pon ada pakai kaler kuku, ishh agak-agak la kome nie.


tiap-tiap malam bersekang mata cuz polish nak kasi kilat sampai lubang hidung boleh nampak.


kalau dapat simpan macam nie, koperm garu kepala mang lega sampai ketombe pon boleh hilang, alah bukan stakat ketombe, kulit kepala aku pon boleh tertanggal.



memula nengok gambar makcik sepiah nie, takut aku tengok. menyerammmkan,

tujuh puluh tujuh kali aku pikir, macamana dia korek hidung kalau kuku panjang macamnie, ke gune chopstick dekat sushi king?


kuku korang ada ciri-ciri macam kat bawah x?

1. Kuku yang baik, rapi dan indah :

Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.


2. Bentuk kuku pendek tetapi lebar :

Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. Orang yang memiliki kuku yang seperti ini sukakan muzik dan lagu.


3. Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat :


Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap, tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Ia juga agak malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaan ragu-ragu.


4. Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit :

Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.


5. Bentuk kuku bersegi tetapi rata :

Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul, sedikit kewibawaan, tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan.


6. Bentuk kuku langsing :

Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering merasa was-was, mudah ditimpa malang dan kurang berwibawa.


7. Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning :


Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang yang jujur, sabar, pandai , tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.


8. Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun :


Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini sering was-was, bodoh, mudah diserang penyakit, mudah terkejut dan tak kuat bekerja.


9. Bentuk kuku runcing tetapi besar dan tebal :


Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sifat keras dengan pendiriannya, sering berpindah randah tempat tinggalnya, suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan hidup.


10. Bentuk kuku bersegi bahagian bawah sedikit runcing :


Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini tidak memiliki kewibawaan, bodoh dan kalau bekerja hanya diperingkat rendah sahaja.


11. Bentuk kuku besar dan banyak garisan :

Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini biasanya akan menjurus pada susah dan sering berdepan dengan bahaya. Tetapi garisan tersebut tidak selama-lamanya kelihatan di kuku. Kalau garis tersebut sudah hilang dan kelihatan bersih menandakan orang itu akan memperolehi berkat.


12. Bentuk kuku yang banyak seratnya (serabut) :


Menandakan jika orang tersebut sering ditimpa kesusahan jauh dari sanak keluarga boleh mati di sebarang tempat.


13. Bentuk kuku seperti kikir :

Bila seseorang memiliki bentuk kuku seperti ini menandakan kemungkinan orang itu akan memperolehi halangan yang besar atau akan memperolehi bahaya.


14. Kuku yang banyak titik-titiknya di bahagian bawah kelihatan hitam :

Kedudukan kuku seperti ini memberi suatu petanda bahawa orang tersebut dalam situasi bahaya besar yang boleh juga membawa kematiannya.



takpon jari korang macam nie kot:


Jari kecil, halus dan hujungnya meruncing

Wanita memiliki jari sebegini biasanya berperasaan halus dan idealis. Mereka menyukai barang-barang seni dan pemandangan yang indah.

Jari runcing dan panjang

Sifat wanita yang memiliki jari ini hampir sama dengan sifat perempuan di atas. Namun mereka lebih banyak bermain dengan perasaan sehingga sesuai untuk memilih kerjaya sebahai juruhias.

Jari pendek

Wanita ini sangat aktif dan berfikir perkara yang besar-besar. Mereka malas menguruskan perkara yang remeh-temeh.

Jari besar dan gemuk

Wanita ini bersifat terlalu berhati-hat sehingga kesannya malas bertindak.

Jari tengah dan jari manis sama panjang

Wanita yang memiliki jari sebegini ditambah dengan kulitnya yang halus maka dia pandai bermain cinta. Fantasi asmaranya sangat tinggi sehingga sering menciptakan model-model permainan baru. Namun bagi yang berkulit kasar bermakna wanita sebegini suka berprasangka.

Jari tengah dan telunjuk sama panjang

Perempuan yang memiliki jari seperti ini bakal mencapai cita-citanya. Mereka pantang menyerah dan rajin berusaha.

Jari tengah paling tinggi dan menonjol

Biasanya wanita ini kurang sabar sehingga mudah bertindak tanpa berfikir panjang. Namun, dia sering menyesali tindakan yang telah dilakukannya.

Tiga jari sama tinggi

Berbeza dengan wanita yang jari tengahnya paling menonjol, pemilik tiga jari yang sama panjangnya ini berhati-hati dalam bertindak. Banyak persoalan yang wajar diselesaikan dengan segera tertunda kerana sikapnya yang suka berlengah-lengah dalam melakukan sesuatu.

Ibu jari yang besar dan kuat

Ibu jari yang besar dan terkesan kuat dapat menggambarkan sifat perempuan yang mempunyai kemampuan dan kemahuan yang keras untuk maju. Selain itu mereka juga memiliki rasa tanggungjawab yang tinggi.

Ibu jari kurus dan lembik

Wanita sebegini mempunyai sikap bergantung kepada orang lain dan sering bersikap ragu dalam membuat keputusan. Ketika bertindak, mereka selalu memerlukan kehadiran orang lain.

Hujung ibu jari runcing

Wanita ini selalunya berjiwa halus. Kalau menjadi pemimpin, dia seorang yang bijaksana.

Hujung ibu jari yang berbentuk persegi

Hal ini menandakan pemiliknya berasa tidak puas dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya. Sikap buruknya, dia sering iri hati terhadap orang lain.



p/s: aku cedok je nie, alang-alang aku duk ketip kuku, 2 aku usha-usha mana yg de cite psl kuku. okay lah selamat malam, salam:)

2 comments:

  1. kuku amiey pendek , panjang ckit da kena potong rimas... :(

    ReplyDelete
  2. sama la ngan esya. tapi suka tgok kuku kwn2 yg pjg, cantek

    ReplyDelete