Sunday, February 13, 2011

kehidupan harus diteruskan


sebak bila tengok mak menangis tapi aku ego, ego macam motor ego. aku simpan dalam-dalam, takmo tunjuk air mata mengalir tapi apakan daya, aku bukan macam lelaki yang mempunyai ego yang melampau. aku perempuan yang mudah tersentuh dan cepat menangis macam tengok cerita tamil gitu. humhhh hope kakwa akan tambah menerimanya,

to kakwa: acha tahu kakwa tabah, tabah macam mak bila abah pergi. tabah macam mak bila tengok muka anak-anak yang tak tahu apa-apa lagi. tabah macam mak bila mak tengok arwah abah diusung dalam van jenazah. sabar tao, takmo nanges-nanges. putus tunang, tak bermakna tiada laki yang baek akan hadir dalam hidup kakwa. kakwa! cepat cepat balik tao. dah lame kite tak buat mak mengamuk jadi tarzan dan sepak antara satu sama lain. ouhh tak lupe baling pinggan dan juga adegan menarek rambutt. ouhhhh rindu betol kat kakwa yang maken bulat:). kakwa baca ayat kat bawah nie tao. last word 4 u my sayang, tabah lah hati mu, tabah menempuh hari dengan senyuman dan berserah kepada ALLAH.

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.

Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.


3 comments:

  1. :") sangat betul...

    put this at your status

    SAY NO to V̶a̶l̶e̶n̶t̶i̶n̶e̶'s̶ D̶a̶y̶ [✗] and SAY YES to Maulid Nabi [✓]

    ReplyDelete