Monday, February 28, 2011

kisah isteri-isteri nabi


kawan-kawan, jom baca sebelum tidur(:


Nabi Daud dan 99 Isteri


NABI Daud a.s pernah mempunyai 99 orang isteri. Pada suatu hari, baginda yang juga menjadi raja, jatuh hati kepada seorang wanita yang sudah mempunyai suami.

Ketika hasratnya untuk mengambil wanita itu menjadi isterinya
hampir dilaksanakan, Allah S.W.T mengutuskan dua malaikat yang
menyerupai lelaki, bertemu baginda dengan membawa satu permasalahan untuk diadili.

Salah seorang `lelaki' itu berkata, dia mempunyai seekor kambing
betina dan rakannya mempunyai 99 ekor kambing betina. Bagaimanapun, rakannya itu telah memujuk beliau supaya memberikan
kambingnya yang seekor.

Mendengar cerita lelaki itu, Nabi Daud berkata: ``Sesungguhnya
dia (lelaki yang mempunyai 99 kambing) telah berbuat zalim
kepadamu dengan meminta kambingmu itu untuk ditambah kepada
kambingnya. Dan sesungguhnya kebanyakan daripada
orang-orang yang bersyarikat itu sebahagian mereka berbuat zalim
kepada sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh.''

Selepas lelaki-lelaki itu beredar, barulah Nabi Daud a.s tersedar
bahawa apa yang disampaikan oleh lelaki berkenaan adalah mesej
daripada Allah mengenai kesalahannya mahu mengambil isteri orang
walaupun sudah mempunyai 99 isteri. (Pada zaman Nabi Daud belum ada syariat beristeri hanya empat)

Maka Nabi Daud terus menyungkur sujud dan memohon taubat kepada
Allah di atas kesilapannya. Allah mengampuni Nabi Daud
dan berfirman: ``Hai Daud, sesungguhnya kami menjadikan kamu
pemerintah di muka bumi, maka berilah keputusan di antara
manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu,
kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya
orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat
kerana mereka melupakan hari perhitungan.'' Kisah Nabi Daud ini terkandung dalam surah Shaad (38) ayat 17 hingga 26.



Kisah Nabi Sulaiman dan isterinya


PADA suatu hari Nabi Sulaiman a.s. yang memiliki enam puluh orang isteri berkata kepada dirinya, ``Aku akan meniduri isteri-isteriku yang seramai 60 orang ini secara bergilir-gilir dalam satu malam.

``Sudah tentu, kesemua isteri-isteriku ini akan mengandung dan melahirkan anak-anak lelaki dalam masa yang sama.

``Dengan demikian dapatlah aku membentuk sebuah pasukan berkuda yang terdiri daripada anak-anak lelakiku ini untuk berjuang dan berperang di jalan Allah.''

Pada malam yang ditentukan itu, Nabi Sulaiman pun meniduri isteri-isterinya tersebut secara bergilir dalam satu malam sahaja.Namun, malangnya daripada seramai 60 orang isterinya itu, hanya seorang yang mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki.Kisah Nabi Sulaiman di atas diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.Rasulullah s.a.w. selanjutnya bersabda, ``Kalaulah Nabi Sulaiman a.s. menyertai azam atau hasratnya itu dengan kata-kata `insya-Allah' (jika Allah menghendaki), sudah tentu kesemua 60 orang isterinya itu akan mengandung dan melahirkan anak lelaki, yang boleh dijadikan pasukan berkuda untuk berjuang di jalan Allah sebagaimanayang diharapkannya.''
Iktibar yang dapat diambil daripada peristiwa di atas, jelas menunjukkan bahawa kita sebagai hamba Allah atau makhluk-Nya tidak mempunyai sedikit pun kekuasaan untuk menentukan atau memastikan berhasilnya sesuatu rancangan yang telah kita atur, walau serapi manapun kita usahakan. Manusia hanya merancang dan merencanakan sesuatu yang diharapkan. Ini kerana sememangnya kita sebagai hamba disuruh merancang dan seterusnya berusaha melaksanakannya sambil berharap dan berdoa kepada Allah, bukan sekadar menyerahkan segalanya kepada Tuhan dan bertawakal tanpa berusaha sedikit pun.Namun, yang perlu diingat ialah keputusan terakhir terlaksananya segala yang dirancang hanyalah ada pada Allah s.w.t.
Oleh kerana itu sebagai pengakuan terhadap kekuasaan-Nya dan ketidakmampuan kita sebagai makhluk, kita disuruh mengucapkan `insya-Allah'-jika Allah menghendaki atau sekiranya Allah menghendaki, dengan keyakinan bahawa segala yang dirancang dan dikerjakan hanya akan berhasil dengan kehendak Allah s.w.t. Firman-Nya dalam surah al-Kahfi ayat 23-24,
``Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan tentang sesuatu: ``Sesungguhnya aku akan mengerjakannya esok'', kecuali dengan menyebut : `insya-Allah'.''
Ayat ini mengingatkan kita semua tentang kekuasaan mutlak yang ada hanya pada Allah, supaya sebagai makhluk yang lemah, setiap kali kita melafazkan janji atau bersumpah akan melakukan sesuatu perkara, hendaklah kita ingat bahawa ia hanya akan terlaksana dengan kehendak Allah, iaitu dengan mengucapkan `insya-Allah'. Menurut riwayat Ibnu Jarir, ayat 23-24 surah al-Kahfi tersebut diturunkan oleh Allah s.w.t. ekoran berlakunya suatu peristiwa antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan kaum Quraisy.
Pada suatu hari kaum Quraisy mengutus dua orang utusannya, an-Nadr bin al-Hars dan Uqbah bin Abi Muith menemui pendeta-pendeta Yahudi di Madinah. Tujuan mereka untuk mempastikan kenabian Muhammad s.a.w. sebagai seorang rasul dengan cara menceritakan sifat-sifatnya dan segala yang telah dikatakannya. Kaum Quraisy beranggapan bahawa para pendeta tersebut mempunyai kepakaran dalam memahami kitab-kitab lama yang telah diturunkan dulu, serta memiliki pengetahuan yang mendalam tentang tanda-tanda kenabian.Kedua-dua utusan tadi mengemukakan masalah-masalah yang sedang dihadapi oleh kaumnya kepada para pendeta yang ditemui.

Para pendeta itu pun menyarankan:
``Untuk mempastikan benar tidaknya kenabian Muhammad, tanyakanlah kepada Muhammad tiga persoalan ini. Sekiranya dia dapat menjawabnya, bermakna dia sememangnya seorang nabi yang telah diutus oleh Tuhannya.
``Tetapi seandainya Muhammad tidak dapat menjawabnya, maka jelaslah dia hanya mengaku sebagai nabi.

selamat malam semua:)


LIKE lah kalau korang suka;D

3 comments:

  1. Subhanallah..Hakikatnya kita tidak sekuat dan setabah isteri-isteri nabi tu..Banyak lagi kena belajar..=)

    ReplyDelete
  2. isteri-isteri memang tabah kan? tak setabah kita:(

    ReplyDelete
  3. Thanks for the reminder

    Insyallah....

    Dr R Azrin
    www.azrin.info

    ReplyDelete