Wednesday, March 30, 2011

doa untuk murah rezeki


ding dong! tepat pukul 4 pagi:), dah boleh bangkit untuk sahur kan? tapi aku xla bangun untuk puasa besok, cuma aku tak boleh nak tidor je. disebabkan aku tak boleh tidor, aku nak kongsi dengan korang doa untuk murahkan rezeki.

aku pon ada amalkan, alhamdulillah rezeki aku takde la melimpah ruah, cuma sekadar cukup untuk aku beli apa yang patot.
nyela aku duk ngan pamily, so xda la nak macam-macam kan. topup pon sebulan sekali, kadang-kadang tak pernah topup langsung. kalau kawan msg, aku tibai hp mak hehe. sejak amalkan doa nie, rezeki aku ada je. kalau keluar beli barang dengan mak, aku ada jugak beli. beli cokelat 2 3 ketul.

sekarang bab baju-baju, aku xda mood nak berfesyen-fesyen sebab rasa macam membazir je. kadang-kadang mak tetibe je mau kasi duek kat aku yang sebagai pengangur tanam taek mata dirumah. rezeki jangan ditolak:).


nie aku nak kongsikan apa yang aku amalkan:

1) Membaca SURAH AL-WAQIAH

- Sabda Rasulullah SAW:

مَنْ قَرأ سُورَةَ الوَاقِعَةِ فِي كُلّ لَيْلَةٍ لَمْ تُصِبْهُ فاقَة

"Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiapa malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
(Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).

- Sabda Rasulullah SAW:

سُوْرَةُ الوَاقِعَةِ سُوْرَةُ الغِنَى فَاقْرَؤُوْهَا وَعَلِّمُوْهَا أَوْلاَدَكُمْ

"Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.”
(Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’).

2) Membaca SURAH AL-IKHLAS:

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ، اللَّهُ الصَّمَدُ ، لَمْ يَلِـدْ وَلَمْ يُولَـدْ ، وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ

"Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".”

- Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkan kefakiran daripada ahli rumahnya dan jirannya.
(Daripada Jarir bin Abdullah: Kanzu al-‘Ummal, Mu‘jam al-Tabarani; daripada Ibn Mas‘ud: Mujma‘ al-Zawaid)

atau korang pon boleh juga amalkan yang ini:

  1. Selawat ke atas Junjungan nabi 100 x selepas setiap solat
  2. Baca surah Al-Waqiah sebelum tidur
  3. Puasa setiap isnin dan khamis setiap minggu.

kawan-kawan, amalkan selalu tao. sesungguhnya Allah lebih berkuasa dan Maha Kaya.


LIKE la kalau korang hot;)















3 comments:

  1. slalu gax bce surah waqia'ah.. yg surah al-ikhlas tu xtau lak kne bce b4 msuk umah.. pas ni nk bace la.. tanx fr da info!! hope pas ni rezeki masuk bnyak cket.. hehehe

    jemput singgah sini ANASAURUS :)

    ReplyDelete
  2. aa'ah pasal surah al waqiah mmg digalakkn bace..pastu slalu gak solat sunat dhuha kalo nk dimurahkn rezki..insyaAllah..:)

    ReplyDelete
  3. :), tengkiu dear. sama-sama kita amalkan

    ReplyDelete