Wednesday, April 20, 2011

Imam dan Khatib Masjid al-Haram; As-Sheikh Dr. Abdul Rahman Bin Abdul Aziz As-Sudaisy ke malaysia




Kenyataan Media Berkenaan Sheikh Sudais; Imam Masjidil Haram Menjadi Tetamu Kerajaan Malaysia

PEN: 04/2011/17 (JAKIM)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :

KENYATAAN MEDIA

BERKENAAN

SHEIKH SUDAIS; IMAM MASJIDIL HARAM MENJADI TETAMU KERAJAAN MALAYSIA


1. Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan Malaysia menerima kedatangan dan kunjungan Imam Masjidil Haram iaitu As Sheikh Dr. Abdul Rahman bin Abdul Aziz As-Sudais atau dikenali sebagai Sheikh Sudais ke Malaysia sebagai tetamu kehormat kerajaan Malaysia bermula 18 April 2011.


2. Dikesempatan tersebut, Jakim sebagai agensi penyelaras di peringkat Persekutuan telah mengatur kunjungan dan lawatan Sheikh Abdul Rahman Sudais di Malaysia termasuklah mengimamkan solat dan menyampaikan tazkirah/kuliah di beberapa buah masjid sepanjang kunjungan hormat beliau di Malaysia.


3. Bermula pada esok hari iaitu 20 April 2011, Sheikh Sudais dijadualkan akan membuat kunjungan hormat kepada YAB Perdana Menteri di pejabat YAB Perdana Menteri di Putrajaya. Pada hari yang sama, beliau akan mengimamkan solat Asar di Masjid Asy-Syakirin, KLCC.


4. Seterusnya muslimin muslimat berpeluang untuk bersama-sama menunaikan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 22 April 2011 (Jumaat) ini dimana beliau sekaligus akan menyampaikan khutbah Jumaat. Manakala pada sebelah malamnya pula, Sheikh Imam Haramain ini akan mengimamkan solat Maghrib dan Isyak serta menyampaikan kuliah maghrib di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur.


5. Seterusnya, orang ramai di sekitar Hulu Langat adalah dialu-alukan untuk menyertai satu Muhadharah/kuliah yang akan disampaikan oleh Syeikh Sudais di Darul Quran Kuala Kubu Baru bermula pada jam 11.00 pagi pada hari Sabtu; 23 April 2011. Beliau akan turut mengimami solat Zohor di Masjid Darul Quran Kuala Kubu Baru bersama para pelajar dan kakitangan Darul Quran.


6. Sehubungan dengan itu, semua muslimin dan muslimat adalah dijemput hadir dalam majlis-majlis tazkirah beliau dan sebagai makmum kepada Sheikh Haramain di masjid-masjid berkaitan.


7. Atas kerjasama pihak media dalam mengwar-warkan perkara berkenaan amatlah dihargai dan diucapkan berbanyak terima kasih




pada kaum adam jangan la korang lepaskan peluang emas ini. kalau dapat jumpa, jadikan ia kenangan yang terindah buat korang.
haishhh hati aku membuak-buak nak tengok khutbah hari jumaat nie kat tv 1.

jangan lupa khutbah jumaat nia tao kawan-kawan:)

sumber dari jakim.


LIKE la kalau korang hot;)

5 comments: