Monday, April 4, 2011

takziah buat keluarga seri bayu

Takziah buat keluarga Penulis lirik, Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik meninggal dunia di Hospital Besar Port Dickson, Negeri Sembilan kerana menghidap sakit saraf. Allahyarham meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam sabtu dan dikebumikan di tanah perkuburan Batu 12 Kampung Teluk Pelanduk, Port Dickson, Negeri Sembilan selepas solat Zuhur.

Selepas isterinya, Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 25, atau Erema menuntut cerai daripadanya dan arwah mempunyai 5 orang anak bersama isteri pertamanya. Seri Bayu mendapat belas ihsan daripada keluarga angkat dan rakan.

Arwah pernah mencipta lagu untuk penyanyi Jamal Abdillah dan Anita Sarawak.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman. Takziah kepada seluruh ahli keluarganya. Al-Fatihah.

LIKE la kalau korang hot;)


No comments:

Post a Comment