Saturday, June 11, 2011

ciri-ciri calon suami dan isteri dalam islam


Allah Taala berfirman, bermaksud:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan..."
an-Nisaa' (4:34)



hadis Nabi bila Rasulullah berpesan, maksudnya,

“perempuan itu dikahwini dengan empat perkara, kecantikan, keturunan, harta dan agamanya. Maka, pilihlah yang beragama, nescaya tangan engkau akan subur (berkat/selamatlah kamu)..”




HR Tarmidzi dan Ahmad;


"Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaqnya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerusakan yang merata di muka bumi."


Ciri-ciri Utama Calon Isteri Menurut Perspektif Islam

  1. Beriman dan solehah/berpegang teguh kepada agama
  2. Elok rupa paras supaya tenang mata memandang
  3. Memiliki akhlak terpuji
  4. Mas kahwin yang rendah
  5. Subur supaya boleh melahirkan zuriat ramai yang soleh/solehah
  6. Masih dara
  7. Keturunan baik untuk melahirkan generasi yang bertakwa
  8. Datang dari keluarga sederhana (qana’ah) bukan pentingkan kebendaan
  9. Bukan kaum kerabat atau saudara terdekat kerana boleh menjejaskan kesuburan
  10. Tidak lebih dari satu kerana risiko isteri curang disebabkan kesunyian sekiranya suami berpoligami dan gagal bersifat adil


Ciri-ciri Utama Calon Suami Menurut Perspektif Islam

  1. Berilmu dan bertakwa
  2. Bertanggungjawab supaya boleh memimpin keluarga
  3. Memiliki akhlak terpuji
  4. Memiliki/mamahami ilmu agama supaya boleh membimbing isteri
  5. Tidak berpenyakit
  6. Rajin usaha
  7. Sekufu dan sesuai/serasi mengikut pandangan Islam dan adapt/’urf/pandangan masyarakat umum (kadang-kadang berbeza mengikut tempat/zaman/masa/keadaan/adapt kebiasaan masyarakat)

LIKE la kalau korang hot;)

No comments:

Post a Comment