Monday, June 13, 2011

semua orang suka pada yang cantik


firman ALLAH SWT :

....sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya
( surah al-Tin )



hari ini, aku kerja pukul 10 pagi until 6.45 tapi disebabkan nik yang kacak habes tak datang kerja, aku diarahkan untuk ot (bukan over tido ye hahaha).pukul 8.30 memang jam aku bangun pagi, kalau aku tak sempat iron baju, aku akan amek je baju kurung yang tak payah di-iron sebab aku malas nak iron baju ekekeke.


selesai semua perkara, aku cekau kunci pastu rempit ke tempat kerja. sampai tempat kerja pukul 9.45 pagi. pastu aku nampak ada dua awek yang baru kerja, seorang badan agak chubby-chubby dan yang seorang kurus dan tinggi nya boleh la tahan. yang kurus dan tinggi nya boleh tahan memang cantek gila! okay yang kurus tuh aku namakan dia si F, kejelitaan dia kalah siti o mana-mana artis. dengan muka sikit pon xda tercalit parut atau jerawat, hidung mancung, bibir ala-ala bibir semut api dan putih melepak.
dan hanya secalit celak sahaja!


memula masuk je kerja, aku macam terpaku sekejap sebab cantek sangat. bukan aku je, kawan aku si fika (jantan okay) masuk-masuk je kerja terus pandang dua kali kat muka si F nie.
waktu lunch, kami lunch sama-sama. melangkah je kaki dekat cafe, memang semua mamat-mamat yang kerja selain tempat aku kerja, terus pandang muka si F dan macam terkedu kejap bila tengok keindahan yang ALLAH kurniakan pada si F nie.


serius ak cakap, memang cantek habes je, terasa lak aku bila dieorang tidak memandang orang yang tak berapa cantek macam aku nie hahahah.
dan disebabkan hal ini, aku baru sedar bahwa semua manusia menyukai yang cantik, tiada siapa yang menyukai pada yang buruk bukan? kalau ada pon, hanyalah segelintir,


Firman ALLAH SWT :

.....dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam dan kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan kami telah berikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik serta kami lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya di atas banyak makhluk-makhluk yang telah kami ciptakan.
( Surah al-Isra:70 )



oleh demikian dengan kurniaan ALLAH SWT,yang telah menciptakan manusia dengan seelok-elok ciptaan ciptaan maka wajarlah bagi manusia memberikan balasan dengan tiga bentuk :

~ bersyukur kepada ALLAH SWT dengan memujinya di atas nikmat yang diberikan Nya.

~ tidak menyalah gunakan kecantikkan untuk berbuat maksiat kepada ALLAH SWT sebagaimana yang dilakukan oleh golongan fasik di tempat-tempat hiburan dan sebagainya.

~ wajib ke atas seseorang menjaga bentuk rupa parasnya sebagaimana yang dijadikan oleh ALLAH SWT dengan menjauhkan diri dari segala bentuk perkara yang boleh mengubah atau memburukkan serta memudaratkan kejadiannya.

LIKE la kalau korang hot;)

No comments:

Post a Comment