Tuesday, April 10, 2012

pasangan yang halal(:

assalamualaikum,


nak cerita sangatsangat dekat blog tapi cerita dia pendek je(:. senja tadi, lepas tunggu kakak solat maghrib, aku ajak kakak aku keluar. kita orang pergi carrefour dekat wangsa maju sebab dekat dengan rumah, masa nak bayar aku terpaksa seorang mamat. okay memang sekali imbas je pandang, dia pakai cermin mata (ouhh idaman hatiku, hahaha), serban, pakai selipar (yap, aku suka yang simple dan berbaju melayu. lepas tu aku pandang kali kedua (okay mata memang gatai nak tengok lagi).


bila pandang kedua kali, rupanya dia tengah pimpin seorang perempuan. dan perempuan itu zaujahnya. perempuan tuh, ofcuz la aku kenal! dia budak kontrak company aku kerja. memang dia teramat sesuai! sebab cantek, lemah lembut dan yang penting solat tak tinggal okay! aku suka tengok dia, bila aku shift malam dan waktu solat maghrib pula sama. aku memang perasan, dia suka pakai sedikit bedak dan lipstick (abeh waktu kerja) sebab suami dia ambil dia di opis, so dia nak la nampak cantek walaupun duduk di opis beberapa jam kan(: makeup dia pula tidaklah terlalu over.


hati takda lah kecewa sangat tapi kagum dengan sifat lelaki itu, pimpin tangan zaujah dengan begitu erat sekali! yupp, sudah tentu perkara yang halal memang indah belaka.


"Apabila datang (meminang) kepada kamu orang yang kamu redha agama dan akhlaqnya, maka hendaklah kamu mengahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi."
(HR Tirmidzi – Hadis Hasan Gharib)


okay dah nak tidur, besok kerja. kawan-kawan selalu cakap:

"orang nepal pon cuti la! yaa aku bukan orang nepal tapi aku orang melayu, selagi sihat kena la kerja. lagipun orang saket tak kira masa bukan?"



p/s: sesungguhnya kerja di health care department memang kena banyak kesabaran(,:


LIKE la kalau korang hot(;

1 comment:

  1. 1xbet korean online casino - KONGBET - LEGALBET.CO.KR
    1XBet korean online casino. 인카지노 1xbet korean 1xbet online casino. 2-5 days free play. No real money welcome bonus. Real money no deposit 바카라 사이트 required.

    ReplyDelete