Thursday, April 28, 2011

adakah anda muslimah? apakah syarat-syarat pakaian muslimah?


pada hari yang mulia dan hari yang redup selepas hujan. jom kita baca sama-sama dari ustazah hajah sahida.

text nya berbunyi begini:

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk mencoret sedikit ilmu buat mereka yang takutkan Allah, buat mereka yang mencari keredhoan Allah & buat mereka yang Cintakan Allah & Rasul..coretan ini untuk yang mahu beriman..

Wanita..suatu ciptaan terindah. Wanita ibu semua umat...namun wanita ramai di Neraka. Allahu akbar. Kebanyakan salah wanita bab mulut, kemaluan dan paling 'glamour ' bab aurat. Moga coretan ini memberi kekuatan buat kalian.

Antara syarat berpakaian bagi muslimah..saya ulangi muslimah..maka yang mementingkan etika berpakaian dalam majlis , bersosial dan lain2 ..fikirkanlah adakah kalian muslimah.

Syarat pertama:

PAKAIAN ITU MENUTUP AURAT (BUKAN URAT)

KEBANYAKAN ULAMA' BERSEPAKAT ' AURAT PEREMPUAN SELURUH BADAN KECUALI MUKA & PERGELANGAN TANGAN.

Syarat Kedua:

PAKAIAN ITU TEBAL YAKNI TIDAK JARANG MENAMPAKKAN KULIT( CONTOH KAIN JENIS SIFON, NIPIS, NAK PAKAI KENA LINING) Tebal pula x boleh dari kain Lycra. melekat nampak ketul2..kadang2 ketul2 kolestrol menonjol. bukan lawa tapi nampak lawak.

antara dalilnya:

" ada 2 golongan ahli neraka yang daku belum pernah lihat sebelum ini. Pertama: golongan perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang yang seleweng serta menyelewngkan di atas kepala mereka umpama bonggol unta. Mereka tidak akan dapat masuk syurga dan menghidu baunya. Kedua, beberapa lelaki yang mempunyai cemeti seumpama seekor lembu (yang digunakan untuk) memukul orang lain(secara zalim)

( riwayat Imam Muslim hadis no 2128)

imam Nawawi ra mentafsirkan MAKSUD BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG ialah seperti berikut:

*Tafsiran Pertama:

Memakai nikmat Allah tetapi telanjang daripada mensyukurinya(tidak mensyukurinya).

* Tafsiran Kedua:

Menutupi sebahagian badan dan membuka sebahagian yang lain untuk memperlihatkan kepada orang lain. contoh tudung leher dan nampak payudara. Kes ini sebab perasan payudara up..x sedar diri diketawakan syaitan.

* Tafsiran Ketiga:

Memakai pakaian nipis yang memperlihatkan warna badannya. Contoh kain jenis bersulam berlubang, jenis sifon dan sepertinya. Ada juga kes pakai nipis, lining ketat kat dalam, ditiup kipas memang nmpak bentuk..tetap haram walau lining.

Tafsiran SELEWENG:

-Tidak menjaga sesuatu yang wajib dijaga dan memberitahu orang lain tentang perbuatan mereka yang tercela itu.

-Seleweng yakni berjalan berlenggang lenggok( menggerakkan kedua2 bahu ketika berjalan): ala2 catwalk.

-Seleweng yakni mereka menyikat ( membentuk) rambut secara salah sebagaimana rambut perempuan berzina dan membentuk rambut perempuan lain seperti itu juga.

Iaitu" kepala mereka seumpama bonggol unta' ialah mereka membesarkan rambut mereka sama ada diletakkan kain, sanggul@ seumpamanya.

Fesyen ni dah berlambak di pasaran, bertudung tetapi sanggul ditinggikan kemudin dipin@ guna kerongsang untuk menojolkan fesyen di belakang kepala.

Syarat Ketiga:

PAKAIAN ITU MESTILAH LAPAN@ LUAS YAKNI TIDAK KETAT.

Maka kebaya, seluar jeans@slack ketat, jenis tshirt bergetah memang haram...dan penjahit, penjual kebaya sama2 syubahat. Pakai je baju kurung jika x mau berjubah.

Syarat Keempat:

PAKAIAN ITU TIDAK DIKENAKAN WANGI-WANGIAN.

Dalam konteks ni, pilih deodoran yang x berbau.

Hadis: Mana2 perempuan yang memakai minyak wangi kemudian melalui di hadapan satu kaum lelaki agar mereka menghidu baunya maka ia dianggap umpama berzina. Begitu juga setiap mata yang melihatnya dianggap umpama berzina.

riwayat anNasai H. No 5126

*BAGI YANG BADAN BERBAU MASAM CEPAT, MANDI AIR REBUSAN SIREH. THEN AMBIL LIMAU NIPIS TONYOH DI KETIAK..MALAS JUGA AMBIL TAWAS DAN SAPU LEPAS MANDI. MALAS JUGA..PATUTLAH BADAN BERBAU.

Syarat Kelima:

Pakaian itu bukanlah pakaian untuk kemasyuran dan menarik perhatian serta untuk sombong dan takabbur.

Contoh pakaian yang disulam cantik dengan niat menarik perhatian..macam pakaian pengantin, pakaian raya, pakaian ke majlis kahwin. Kebanyakan wanita time2 majlis macam tu memang dressing habis2an.

Syarat Keenam:

Jangan sesuatu yang digunakan untuk menutup aurat itu sendiri merupakan perhiasan.

Contoh: mahkota, rambut palsu.Ada juga yang bengap, x mau bertudung tapi tutup rambut dengan rambut palsu.

Syarat Ketujuh:

Pakaian tidak menyerupai pakaian perempuan kafir..

Bab ini dah menjadi trend contohnya: pakai baju x berlengan, pendek tapi pakai sarung lengan(ketat) dan pakai jeans.

Syarat Kelapan:

Jangan sampai pakaian yang dipakai oleh sseorang perempuan itu menyerupai pakaian khusus untuk lelaki.

Contoh: pakai Tshirt dan berseluar ( jika x bertudung, berambut pendek dari belakang memang nampak macam lelaki)

Jika nak memakai seluar panjang, jangan ketat tetapi apa yang kelihatan walaupun berbaju blouse pakai seluar panjang tetapi tetap haram kerana bentuk peha memang kelihatan terutama bila duduk @ angin meniup..memang nampak bentuk paha..kecuali memakai kain diluar seluar. Maka kalian fikirkanlah.

Wahai muslimah.. memaang nampak rumit dan merimaskan tetapi andi syurga dicari tidak merasakan suatu beban. Say sendiri puluhan tahun berpurdaah baik waktu panas terik @ sejuk dingin. Kadang2 terasa x sanggup nal teruskan namun bila ingat Syurga saya bersyukur kerana terpilih. Bukan semua orang mampu nak jadi Islam, maka bersyukurlah dengan nikmat Islam.

Jika teringin berfesyen hatta macam artis sekali pun, belilah dan pakailah tapi ingat lapisilah dengan jubah. Islam x menghalang fesyen. Apapun tanamkan dalam hati , sebutlah dalam doa...'Ya Allah hidupkan & matikan ku dalam Iman"


_____________________________________________________________________



betul tuh, islam tidak menghalang kita sebagai kaum hawa untuk berfesyen tapi biarlah longgar, melabukan tudung ke bawah dada, melabuhkan baju, tidak memakai ketat-ketat, tidak memakai baju jarang dan memanjangkan lengan baju. kan cantik kalau kita pakai macam tu. pakai jubah lagi la bertambah cantek, sumpah! aku tak tipu tao


LIKE la kalau korang hot;)

2 comments:

  1. byk btol skang ni fesyen yg mgoda kite kaum wanita yg menjerumuskan ke neraka....
    bju ketat,btudung tp singkat n bersanggol tggi

    ReplyDelete
  2. same2 kita berdoa agar allah memelihara pakaian dan aurat kita, amin

    ReplyDelete