Wednesday, April 27, 2011

buat si pemakai bulu mata.


persoalannya:

bolehkah memakai bulu mata palsu?

jawapan:

rasulullah s.a.w. menegaskan:
“ALLAH melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung .”
[Shahih al-Bukhari , no: 5934]

maksud menyambung rambut ialah mengambil rambut wanita lain untuk disambung ke rambut sendiri . ia dilarang , sekalipun sekadar hajat atau permintaan untuk melakukannya .

selari dengan berkembangnya teknologi manusia , pada masa kini teknik menyambung rambut telah diganti dengan teknik memakai rambut palsu. namun dari sudut hukum , ia tetap sama yakni ia dilarang . juga berdasarkan kaedah qiyas (analogi) , maka dilarang juga memakai bulu palsu sama ada di kening atau kelopak mata . tidak dibezakan sama ada rambut palus atau bulu palsu itu adalah daripada makhluk lain atau buatan manusia , ia tetap dilarang .

namun para ilmuan islam memberi pengecualian kepada larangan di atas , iaitu bagi mereka yang mengalami kecacatan , penyakit atau kemalangan yang menyebabkan kehilangan rambut, kening atau bulu mata . bagi kes-kes terpencil ini , dibolehkan memakai rambut palsu serta kening atau bulu mata palsu.



_____________________________________________________________________



sori la kalau ada kaum hawa terasa ke ape . kalau korang taknak baca pon takpa , korang jugak rugi , aku tarak rugi apa-apa pon . buat pengetahuan korang , aku pon pakai jugak bulu mata palsu nie ha tapi aku pakai sekali je , pastu aku dah tak pakai da . tuh ha dalam laci ada lagi bulu mata palsu yang akan aku humban dalam api .
ahahahahaha
selamat tinggal mr. romeo
ekekeke .




LIKE la kalau korang hot;)

6 comments: