Tuesday, May 11, 2010

tak tak saya tak jiwang la.

semalam last presentation case study, dah la bosan. mengantuk tahap apa entah, yang si ayus duduk belakang dah senggguk-sengguk ala inul mengoyang pinggulnya, ehehe. semalam boleh tahan la kan menaip ayat jiwang, gile r pandei jugak aku dalam ayat sastera. mak mesti bangga sebab mak memang powerpuff gegurz dalam sastera, nyela cikgu bm katakan.

muka mengantok, ahahah kesian.

sebenarnya malu nak tulis, tapi takpe la sebab korang nye pasal aku tulis eyh apa yang aku tulis dalam kertas putih itu. hayati tao, ahaha.

Siapalah aku ini, yang mengharapkan sesuatu. Dalam hati ini tiada siapa yang tahu perihal hatiku, aku pendamkan ia sedalam-dalamnya, nun jauh disana, tiada siapa yang dapat melihat dan merasa kecuali aku. Aku merasa sepi, mahu ku lari dari masalah demi masalah, selangkah aku berlari, selangkah itu masalah mengejar aku tanpa henti. Aku terpenjara dalam hati ini, ingin aku bersuara agar dapat lari dari benua ini. Berikan aku jalan penyelesaian agar aku dapat menemui jalan keluar yang dapat memeberi kekuatan pada diri ku ini.

ahahaha poyo bukan? ini yang kedua pula;

Aku ingin cinta, cinta yang dapat mengajar aku tentang pengorbanan, kesabaran, kerelaan dan tanggungjawab. Bolehkah aku dapat cinta seperti Adam mencintai Hawa? Khadijah mencintai Nabi Muhammad. Aku masih mengharap sesuatu yang belum tentu akn menjadi kepuyaan aku. Hanya doa dan solat yang mampu aku lakukan. 'YA ALLAH, kau mudahkanlah perjalanan jodoh ku ini, aku tidak lagi mampu menempuh hari-hari sunyi dan sepi aku ini, aku menginginkan kasih dari seorang yang berlainan jantina dengan ku dan aku mahukan perhatian. Kau cepatkanlah perjalanan jodoh ku ini dan kurniakanlah aku seorang lelaki bukan hanya menyintai aku tetapi menyintai kesemua ahli keluarga ku dan dapat membimbing aku ke jalan yang benar.


ouuhhh okay STOP, ayat skema diatas tiada sangkut paut dengan life aku. saja nak kongsi ayat jiwang time aku bosan dikelas semalam. hari ini aku tak tahu ada kelas ke tak sebab presentation dah habis.

bagi shiela ngan wan baca, sangat KHUSYUK!

to mira; weyy aku terbaca, terbaca okay, terrrr. ayat yang ang tulis dalam note semalam, weyy sabar kay, banyak lagi laki yang lagi bagus dari DIA.
ahaha sowi terbaca tao;)

No comments:

Post a Comment