Tuesday, September 14, 2010

Are You Moist Enough?


Kadang kala kita terfikir adakah kulit kita cukup lembap? adakah cukup dengan hanya minum 8 kali segelas sehari? sayur-sayuran dan buah-buahan? atau mandi lama dan meyental sabun berulang kali, adakah ianya cukup? Dengan hanya segaris calar dilengan, kita pasti tahu bahwa kita mempunyai kulit yang kering dan pasti tiada kelembapan pada kulit lagi. Ianya menjadikan seseorang itu menjadi kurang keyakinan pada diri.

Kulit bayi tidak sama dengan kulit orang dewasa, kulit bayi ternyata lembut. Sudah tentu kita impikan kulit seperti bayi yang sentiasa lembut dan kadang kala lembap. Diwaktu malam sebelum tidur saya akan sapu lotion vaseline ke seluruh badan, ditempat lipatan seperti siku, ketiak dan bawah lutut kerna ianya kawasan-kawasan daki yang teramat degil. Seminggu sekali saya akan sapukan lotion vaseline ke muka kerana ianya akan memberi wajah menjadi
lembap dan lembut


Dengan kandungannya Vitamins A, E, & minerals - essential skin nutrients, ianya akan membuat kulit menjadi senantiasa lembap dan lembut setulus mulus bayi.
Pasti menambat hati sidia:)

No comments:

Post a Comment