Saturday, January 15, 2011

penyair islam



terdetik dalam hati nak buka buku SAKRATUL MAUT tapi aku baca macam tu, tak baca keseluruhannya. baca sepatah ayat dari penyair islam sangat mengagumkan. salah satunya,


seorang penyair berkata:


kubur boleh menjadi sebagai taman syurga,
dan boleh menjadi sebagai lubang neraka.

jika dia orang baik, maka selanjutnya;
adalah keni'matan yang tiada bandingannya dari Tuhan.

jika dia orang jahat, maka selanjutnya;
adalah kesengsaraan yang jauh lebih dahsyat



seorang penyair mengatakan:


pagi petang silih berganti;
kita sibuk mencari keperluan hidup.

ingatlah keperluan orang hidup;

tidak akan ada habis-habisnya.

keperluan hidup seorang akan terhenti;

jika dia sudah mati
tinggallah keperluan hidup;
orang yang masih tinggal didunia


dan juga,


alangkah indahnya syurga!
alangkah dekatnya ia sekarang!

alangkah sejuknya airnya!

pasukan rom sudah menghampiri azab mereka;

kerana mereka kafir, maka mereka pun jauh dari syurga.
jika aku berhadapan dengan mereka;

aku siap penggal leher mereka.


puisi islam sangat mengagumkan dan indah!

No comments:

Post a Comment