Thursday, February 10, 2011

doa elak rogol dan cabul...


dengar perkataan ROGOL, meremang bulu roma kucing. eh tak bulu roma aku lah, seram je dengar perkataan tuh. tambah-tambah lagi kalau ada orang gila seks, secret admirer, takpun cinta yang tak bersambut. nyela perempuan yang hotties katakan, mesti lah ada peminat yang gila-gila kat kau kan. sekarang lelaki plak ganas-ganas belaka, mungkin terlebih minum air yang membolehkan menjadi GAGAH.

so bagi perempuan yang suka keluar sowang-sowang macam aku, ada doa untuk kita sebagai perempuan untuk mengelak perkara yang tak diingini. info macam nie bagus untuk kita nye wahai-wahai perempuan cantek diluar sana. amalkan selalu dan kelik pada ayat dibawah untuk melihat dengan jelas


DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)




DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.


kawan-kawan, jagalah diri baek-baek eh untuk setiap masa, saat, minit, jam, hari dan semuanya. mende kalau dah jadi, memang xleh buat pape, so bile keluar bawak la kayu hoki hahahhaahahahha. sedap sikit hentam anu dia, xpun bawak je paper spray. alah kalau kome nie kemut sangat, tumbuk je cili kering pastu bubuh air then isi dalam botol macam botol spray tuh. ha cube spray, mau pijooooooo tangan mike. so barulah MUJARAB!

2 comments:

  1. salah satu jaga aurat (alamak bila amiey nak pakai tudung , setakat ni alhamdullilah x pakai seksi )

    terima kaseh ayat ni . Ins/Allah akan hafal :)

    ReplyDelete