Thursday, November 24, 2011

apa yang anda sedang lakukan ketika memandu?


tika diwaktu cerah:
- semestinya memasang surah alquran dan zikir kuatkuat, pakai hp sudeh sebab malas nak upload dekat pendrive then cucuk dekat nak nyalakan api rokok tuh.

- memakai seat belt, memang wajib! sebab mesti akan tergiang-giang suara mak cakap
" aisyah, kamu ada 3ratus? mak takde duek nak bayar saman tak pakai seat belt." okay noted!!


- bila jem, saya cuba mencelah-celah. maklumlah kereta kecik, apa lagi minah drift la ahahaha.



- perasan tak kalau jem mesti ada abang traffic, suka tengok abang-abang polis. ahakzzzzz seksi aummmm aummmm, tambah-tambah yang perut boroi. ahaahha sengal!

- saya suka bila jem sebab bila jem kaki kita akan lakukan senaman. tak ke boleh strengthening the muscle(:. kan dah kurus disitu.

- jika orang buat salah, mulut mesti akan gerak sendir berkata dengan amarahnya sekali, kadang-kadang cakap dalam hati je, takpun bunyi hon. tapiiiii sekarang hon tak bunyi. sengal punya mekanik buat hon tak bunyi. erghhhhhhhhhhhhhhh


dikala gelap pula:


- ouhhhh bab ini tak suka, yupp memang mata agak rabun dan saya ada cermin mata tapi saya tak boleh selalu pakai sebab mata saya akan terasa berpinar-pinar. lalu ianya akan mengakibatkan kepala saya denyut-denyut.

- kadang-kadang saya amat prihatin bila perempuan bawak kereta diwaktu malam kerna ada setengah kaum hawa lupa menyalakan lampu. pernah satu kes, perempuan nie bawak kereta waja dan disebelahnya ada baby yang duduk atas kerusi khas untuk baby. aku terpaksa kejar dia dan bagi amaran dengan mengunakan lampu tinggi kereta aku. tapi dia buat bodoh je,so aku terpaksa potong dan bergerak seiringan, bukak tingkap luas-luas dan menghulurkan tangan sambil melakukan arahan "tolong nyalakan lampu anda". ahahaah tapi agak kelakar disitu bila masa aksi kejar nak seiring dengan kereta dia, dia pon pecut jugak. ingat aku nie perompak gamaknya. haihhhhhhhhhhhhhhh sabar je la.


p/s: minyak pergi balek ke opis hanya rm 20 je untuk 5 hari. gila jimat!!! huahahauhaua
(gelak orang berlagak)



LIKE la kalau korang hot(;


No comments:

Post a Comment