Thursday, January 19, 2012

kahwin VS couple

kalau bertanya pada syaitan antara kahwin dan kaple, mana lagi BEST? syaitan mesti cakap kaple kan? sebab kaple, depa boleh buat macam-macam dan syaitan mula merangka strategik untuk menguasai diri kita. ala ikut la kalau korang berdua-dua dalam kereta, walaupun niat hanya nak pergi makan sama-sama tapi ingat SYAITAN pasti duduk tengah-tengah sambil merencanakan plan kedua, ketiga, keempat dan seterusnya(:




Surah An-Nisaa': ayat 1

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٍ۬ وَٲحِدَةٍ۬ وَخَلَقَ مِنۡہَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡہُمَا رِجَالاً۬ كَثِيرً۬ا وَنِسَآءً۬‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبً۬ا (١)

"Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu." (1)




Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda:

“Apabila datang orang meminang anak kamu, orang yang meminang itu kamu puas hati tentang din dan akhlaknya, maka benarkanlah (anakmu berkahwin dengannya). Sekiranya kamu tidak melakukan demikian maka kemungkinan berlaku fitnah dan kerosakan yang besar.”


Surah An-Nuur: ayat 32

وَأَنكِحُواْ ٱلۡأَيَـٰمَىٰ مِنكُمۡ وَٱلصَّـٰلِحِينَ مِنۡ عِبَادِكُمۡ وَإِمَآٮِٕڪُمۡ‌ۚ إِن يَكُونُواْ فُقَرَآءَ يُغۡنِهِمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ۬ (٣٢)

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." (32)




video kedua pula,




bestkan video nie? penuh tersirat dan tersurat(:. aku suka ayat-ayat nie:


"ada yang mengatakan perkahwinan ibarat pertaruhan. ada pula yang mengatakan perkahwinan ibarat percaturan. tidak kurang pula yang memberikan definisi perkahwinan sebagai perkongsian hidup dua hati yang berasal daripada dua keluarga yang berbeza segalanya."


okaylah masa untuk tidur dah tiba, jumpa lagi. wassalam.



LIKE la kalau korang hot(;

1 comment:

  1. couple permulaan kepada maksiat,baik kahwin kalau betul2 sungguh dalam satu2 hubungan tu...

    ReplyDelete